? ??????????????Crazy Monkey? ????? ?? ???Rating: 4.4 (507 Ratings)??9 Grabs Today. 41016 Total Grabs. ???
???Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Life Is an Art? ????? ?? ???Rating: 4.5 (2 Ratings)??5 Grabs Today. 4826 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Hollister BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Isnin, 14 Disember 2009

...Keikhlasan...


Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari

pandangan seseorang..


Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu

penerbangannya..Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya

sebelum itu sambil membaca buku cerita..Sedang dia makan dia

terperasan yang lelaki disebelahnya dengan selamba turut mengambil

biskut dari bungkusannya..


Setiap keping biskut yang dia ambil, lelaki itu turut mengambil

sama..Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut..

Alangkah tak malunya lelaki ini, sudah la tak minta izin dari aku..

dia makan sama banyak dengan aku pulak tu..Memang dasar pencuri!

rungut wanita itu dalam hati..


Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang dan selamba terus

dengan perbuatannya..Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir

terdapat dalam bungkusan tersebut..Wanita itu menunggu reaksi dari

lelaki itu..Sambil tersenyum lalaki itu mengambil biskut yang

terakhir lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada

wanita itu..Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan

dirinya dari memarahi lelaki tersebut..Sambil merampas dengan kasar

biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam

‘mencuka’ wanita itu berkata dalam hatinya berani sungguh lelaki

ini..Memang muka tak malu..Dasar pencuri besar..


Kedua-dua mereka, wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga

panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai..Sambil

menarik nafas lega seolah-olah baru lepas dari satu kejadian ngeri

wanita itu bergerak menaiki pesawatnya..Apabila dia sampai ditempat

duduknya dia membuka beg kecilnya untuk mengambil barang..Alangkah

terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam

begnya masih elok, baru dibuka hanya beberapa keping sudah dimakan

sahaja. Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang

aku makan tadi ?? Ya… biskut yang dimakannya tadi adalah

kepunyaan lelaki itu..


Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki

tersebut..Lelaki yang tidak dikenali tersebut pula sanggup

berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun

dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marah

terhadapnya..Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh

kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan

orang lain..Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang

sebenarnya..


# Sebelum kita berbuat sesuatu, pastikan semuanya jelas, jangan

membuat keputusan secara membuta tuli aje, nanti kita akan menyesal

kemudian… penyesalan kemudian hari tiada lagi gunanya.

0 ulasan: