? ??????????????Crazy Monkey? ????? ?? ???Rating: 4.4 (507 Ratings)??9 Grabs Today. 41016 Total Grabs. ???
???Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Life Is an Art? ????? ?? ???Rating: 4.5 (2 Ratings)??5 Grabs Today. 4826 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Hollister BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Jumaat, 18 Disember 2009

Mengata orang..macam tu lah...

bila aku nak buat baik, aku fikir banyak kali..nanti orang tengok aku ni macam baik sangat..

bila aku nak berubah, nanti orang mengata, konon2 nak jadi ustaz atau ustazah..

bila aku nak tolong orang, aku fikir lagi, takut nanti orang kata aku nak tunjuk pandai..

bila aku berdiam diri, orang kata aku sombong, tak pandai bawak diri..

bila aku bagi nasihat, aku takut nanti orang kata, aku sendiri pun tak betul lagi..

bila perangai aku lain sikit, nanti orang kata aku dah berubah..

bila aku nak tutup aurat dengan sempurna, macam itu jadi satu kesalahan pulak..

bila aku nak jadi baik sikit, nanti kawan2 kata, 'kau ni ok x?'

bila aku tak nak mengumpat macam dulu, jadi macam berita sensasi pulak..

bila aku nak pergi jemaah kat surau, takut nanti orang kata aku ni 'budak surau'...

bila aku cakap benda yang baik2, nampak macam aku ketinggalan zaman pulak..

tapi...

apa aku peduli apa orang lain fikir atau cakap..

sebab aku tahu apa yang aku buat..

dan hanya aku tahu apa yang aku rasa..

walaupun aku nak jugak diorang rasa apa yang aku rasa..

tapi tak apalah, setiap orang ada masa2 mereka..

masa yang bila dirasakan 'aku perlu berubah!'

dan mungkin bagi mereka belum masanya lagi..

tapi bagi aku...inilah masanya!

siapa tahu tiada lagi esok bagiku...

wallahu'alam..

*tak salah untuk berubah...berubah dan istiqamahlah :)

Dan orang2 yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah berserta orang2 yang berbuat baik.

(Al-Ankabut, 29: 69)

@--->----Azam Baru??

Selamat Tahun Baru, Muharram 1431H

Sempena tahun baru ni, saya berniat nak melakukan perubahan yang besar dalam hidup ni. Saya percaya semua orang pun ada pasang azam baru walaupun sebenarnya azam tahun lepas pun masih ada yang tak tercapai. Betul tak?hehe.. Adatlah tu.. Segala-galanya Allah yang menentukan. Semangat saya berkobar-kobar setelah membaca sebuah buku bertajuk "Kuasa Hijrah Kuasa untuk Berubah" karangan Dato' Dr. Fadzilah Kamsah dan Ahmad Fadzli Yusof. Buku ni memang best dan saya rasa semua orang patut kena ada buku ni (khususnya kepada siapa2 yang benar2 inginkan kejayaan dalam hidup dia).

Sempena tahun baru ni, saya memasang niat atau azam untuk ke arah hidup yang lebih baik seperti yang orang lain inginkan. Sebenarnya ada satu benda/perkara yang saya betul2 ingin buat. Rasa meronta2 sangat nak lakukan dan dah lama saya fikirkan. Tapi selalu tertangguh atas sebab2 tertentu. Dan mungkin juga hati ni masih belum terbuka dan bercampur pula dengan perasaan takut, tak yakin pada diri sendiri, tanggapan org terhadap saya dan mcm2 lagi..

Hanya ada 2 perkara yang paling saya inginkan buat masa ini. Saya percaya dengan kata2: Usaha + Doa + Tawakal = Kejayaan. Di samping tu kena banyak buat amal kebajikan dan perkara yang diredhai. Saya amat berharap semoga Allah memberi kekuatan kepada saya untuk meneruskan azam yang baru ini sempena tahun baru, 1431H/2010..

Khamis, 17 Disember 2009

Doa Akhir Tahun Hijriyah











Isnin, 14 Disember 2009

Biar Betol Durian Berbuah Di Pangkal & Batang???

Cuba lihat...Cam x caye jerr..

Ulat Gonggok



Ada tiga sahabat, satu kura2..satu lagi katak..yang last ulat gongok.
Suatu hari kura2 mengundang dua temannya kerumahnya buat jamuan
kecil2an. So.. mereka bertiga buat le pesta kecil di rumah kura2.
Setelah asyik borak, makan, minum and lain-lain..... si kodok berkata :
"Eh..dari tadi rasanya ada macam benda yang kurang la....korang perasan
tak?....Ha .. patut..la rokok dah abis....... "
Kura2: "Iya la..sorryla gua lupa lak standby satu ....beli jer kat
warong depan tuh!"
Katak: "apsal aku plak......kau kan tuan rumah"
Kura2: "ye la..... tapi bertahun la korang nak menunggu....siapa lagi
cepat "
Katak: "so kalau gitu mintak je ulat gongok tolong....
Kura2: "Oh iya ya.. ulat gongok tolong gi jap"
Ulat Gonggok: "aiya.....korang ajela"
Katak: "ala ..gi saja la kita orang dah undi kau"

Akhirnya si Ulat gongok pergi juga untuk membeli rokok. Si Katak dan
Kura2 menunggu ......
Lima minit menunggu...si Ulat gongok tak tiba juga...10 minit..20
minit...satu jam...dan sampai tiga jam Ulat gongok masih tak
timbul-timbul.
Katak: "Ulat gongok pegi mana hah tak sampai-sampai..?"
Kura2: "Iye la .. risau jugak, jom kita cari!"
Katak: "Jom..!"

Bila jer kura2 buka pintu...Ulat gongok sudah pun berada di depan
pintu..
Kura2: "Hah tu pon dia..!"
Katak: "...mana rokoknya..mulut aku dah kering sangat ni..?!"
U.G.: "..apa rokok-rokok...aku jalan pon belom..!!"
Katak: " Haah tak bergerak lagi ...jadi dari tadi buat apa...?"
U.G..: "Yeeeeeeeeelaaaaa..korang tak nampak ke ni...aku tak abis lagi
PAKAI KASUT..!!!!!"

Untuk Renungan Bersama..



Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan... Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi .. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja..

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni . Sebab dia dah lapar sangat ni.. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi..

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi..

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi..

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut..

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit !cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya..

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih.... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba..... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu..
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata..
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah
Kalau semua nak tahu..
si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu..
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah....

Abah..Pulangkan Tangan Adik..


Untuk renungan..korang baca la kisah ni..aku x tau sejauh mana kesahihan kisah ni..tapi sekurang2nya cerita ni buat aku menangis...

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerjabermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.
Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang uatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.
Ya…kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam di Batu Caves.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta.Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam,kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, “Siapa punya kerja ni?”
Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. ..Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan “Tak tahu… !”
“Saya tak tahu Tuan..! “
“Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?” herdik si isteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata
“Adik
buat ayahhh.. cantik kan!” katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya.. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut . Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu.
Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.
Menangis terusak-isak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembanturumah mengadu. “Sapukan minyak gamat tu!” balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. “Ita demam… ” jawap pembantunya ringkas. “Bagi minum panadol tu,” balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. “Petang nanti kita bawa ke klinik.
Pukul 5.00 siap” kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.
Setelah seminggu di wad Pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. “Tiada pilihan...” katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. “Ia semakin hitam, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah” kata doktor. Si bapa dan ibu
bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.
Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya.
Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.
“Abah.. Mama… adik tak buat lagi. adik tak mau ayah pukul lagi” rayunya tersedu-sedu..
Adik tak mau jahat. Adik
sayang abah.. sayang mama.” katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
“Adik juga sayang Kak Narti..” katanya memandang wajah pembantu rumah,sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
Tidak seorangpun yang melihat suasana itu tidak menangis….
“Abah.. bagilah balik tangan adik... Buat apa ambik.. Adik
janji tak buat lagi! Adik janji betul betul ni, kalau tak adik nak makan macam mana?
Nak main macam mana? Adik
janji tak conteng kereta lagi,” katanya bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.
Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

Ikut hati mati...Ikut nafsu lesu..Didiklah dan pukullah anak sebagai pengajaran, bukan untuk melepaskan geram..Anak adalah amanah Allah..

Malam Pertama


Salam dari saya untuk semua sahabat,
Teman-teman tersayang,
Cubalah baca cerita ini sampai selesai..Saya menyadari bahwa terkadang kita masih belum dapat menerima kebenaran.Tak ada salahnya apabila kita membacanya saja untuk bahan renungan..
love you always,
Indahnya malam pertama kita..

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkahwinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu...mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka.....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya..
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan... ,
Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena mereka sangat terkenal bernama Kafan
Wewangian ditaburkan kebaju Kita...
Bagian kepala..,badan. ..,dan kaki diikatkan
Tataplah.... . tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah gontai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin.....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan..yang telah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan

Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah telah pergi....
Sang Malaikat lalu bertanya..

Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorang pun yang tahu....

Jalan-Jalan Cari Maut!!!!!!!! Jom!!!!!!!!!!!!!!!





Influenza Dalam Perjalanan Menyerang Manusia..Hati2..

Run..........

H1N1 Is Coming.....

Oink..Oink...


Keje Tak Selaku!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku baru dapat email dari kawan ibu aku..bace arh kat bawah..memang 'power'..

Setelah menetap selama setahun di Kemaman aku mula merasakan kadang2 cuaca waktu malam dibilik rehat rumah ku agak panas juga..Melalui seorang kawan baik aku belilah kipas ceiling dan syarikat penghantaran telah mengupah saorang wireman Bangla untuk memasang kipas saya itu..

Saya lampirkan untuk tatapan tuan2 cik2 dan puan2 workmanshipnya yang sungguh hebat ini..Memang masih belum ada anak Malaysia yang sehebat ini..

Tengoklah sendiri kehebatan wireman ini..



Pe macam..Ade brand???huhuhu..cari maut kerr ape haa....

Kita sering Tertanya-tanya


"sayangkah dia
padaku?".."cintakah dia padaku?".."rindukah
dia
padaku??"…sedangkan kita selalu terlupa
untuk
bertanya…"sayangkah Ar-Rahim
padaku?" "Cintakah Dia padaku?"…"rindukah
Dia
padaku?"…dalam keenakan mencari cinta
duniawi..kita terlupa cintaNya yg lebih agung
dan
kekal…sedangkan cinta duniawi tidak lebih
dari
khayalan semata2…sedangkan cinta duniawi
bisa
pergi bila2 masa….namun Allah Yang Maha
Pengasih…sentiasa mencintai hamba-
hambaNya…selangkah kita dekat
padaNya…seribu langkah Dia datang pada
kita…subhanallah….

…Bismillahirrahmaanirrahim…

Ya Allah
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk
menyintaiMu…

Ya Muhaimin,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta
nafsu…

Ya Rabbana ,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya,
agar tidak berpaling daripada hatiMu…..

Ya Rabbul Izzati ,
jika aku rindu ,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalan Mu….

Ya Allah ,
jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu
melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirMu…

Ya Allah ,
jika aku jatuh hati pada kekasihMu
jangan biarkan aku
tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepadaMu….

Ya Allah
jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku
pada cinta hakiki
dan rindu abadi
hanya kepadaMu….

…Amin Ya Rabbal ‘Aalamiin

...Keikhlasan...


Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari

pandangan seseorang..


Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu

penerbangannya..Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya

sebelum itu sambil membaca buku cerita..Sedang dia makan dia

terperasan yang lelaki disebelahnya dengan selamba turut mengambil

biskut dari bungkusannya..


Setiap keping biskut yang dia ambil, lelaki itu turut mengambil

sama..Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut..

Alangkah tak malunya lelaki ini, sudah la tak minta izin dari aku..

dia makan sama banyak dengan aku pulak tu..Memang dasar pencuri!

rungut wanita itu dalam hati..


Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang dan selamba terus

dengan perbuatannya..Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir

terdapat dalam bungkusan tersebut..Wanita itu menunggu reaksi dari

lelaki itu..Sambil tersenyum lalaki itu mengambil biskut yang

terakhir lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada

wanita itu..Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan

dirinya dari memarahi lelaki tersebut..Sambil merampas dengan kasar

biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam

‘mencuka’ wanita itu berkata dalam hatinya berani sungguh lelaki

ini..Memang muka tak malu..Dasar pencuri besar..


Kedua-dua mereka, wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga

panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai..Sambil

menarik nafas lega seolah-olah baru lepas dari satu kejadian ngeri

wanita itu bergerak menaiki pesawatnya..Apabila dia sampai ditempat

duduknya dia membuka beg kecilnya untuk mengambil barang..Alangkah

terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam

begnya masih elok, baru dibuka hanya beberapa keping sudah dimakan

sahaja. Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang

aku makan tadi ?? Ya… biskut yang dimakannya tadi adalah

kepunyaan lelaki itu..


Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki

tersebut..Lelaki yang tidak dikenali tersebut pula sanggup

berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun

dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marah

terhadapnya..Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh

kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan

orang lain..Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang

sebenarnya..


# Sebelum kita berbuat sesuatu, pastikan semuanya jelas, jangan

membuat keputusan secara membuta tuli aje, nanti kita akan menyesal

kemudian… penyesalan kemudian hari tiada lagi gunanya.

Ahad, 13 Disember 2009

Aku Dia Dan Dot2

Entah kenapa pepagi buta camni aku terasa gatai nk tulis blog nih..huhu mungkin semalam aku tidur tak lena..dikejar kesejukan pagi yang tak terhingga..
Semalam aku terpikir tentang Dia dan Dot²..
Perasaan aku jadi cam berbelah bagi jadinya..aku pun x taw knape..
Dia aku baru saja knali dalam 3 tahun camtu..tapi si Dot² nih masih baru dalam hidupku..
tapi setiap ari..aku kena jugak bersama ngan si Dot²..
aku takut perasaan si Dia nih hilang padaku..maklumlaa sejak kebelakangan nih..aku jarang meluangkan masa bersama ngan Dia..Oh..ape yang patut aku buat??
Aku tak nak melukakan perasaan Dia..tapi dalam masa yang sama aku perlukan si Dot² nih..
huhu..pikiran aku tak menentu jadinya..nih la penyebab malamku tidur ke"AYAM"an..huhu
Tetapi bila aku pikirkan pagi nih..aku perlukan dua² nih..aku sayangkan dua² nih..Dialah si komputerku dan Dot² ni la novelku..huhuhu...

Haram Menikahi Gadis Satu Kampung

AWAS!!!!!!!!!
JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru.Setelah diadakan perbincangan dan
diskusi diantara para pemimpin, JAKIM
dan ahli ulama' memberikan fatwa pada
tanggal 3 February tahun 2006:
"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM
LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS
SATU KAMPUNG"

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan
perdebatan dan bantahan yang sangat
sengit antara yang pro dan kontra.
Bahkan banyak pihak yang menyatakan
bahawa JAKIM telah mengambil keputusan
yang tidak munasabah dan terburu-buru.
Wartawan Berita Harian telah meminta
pegawai kanan JAKIM untuk memberi
ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM
mengeluarkan fatwa sedemikian.

Inilah
isi wawancara tersebut:

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh
mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi
gadis satu kampung?

Pegawai Kanan: Bagaimana tidak haram,
sedangkan menikahi empat orang wanita
sahaja sudah berat, apalagi satu
kampung...!!!hehehehehe...

Jumaat, 11 Disember 2009

Surat Untukmu Sahabat


Bismillahirrahmanirrahim..

Ke hadapan sahabatku yang kukasihi dan kusayangi kerana Allah,

Semoga dirimu sentiasa di bawah lindungan rahmatNya serta dikurniakan tubuh badan yang sihat bagi menunaikan tanggungjawabmu sebagai seorang Muslim. Ketika nukilan ini kutulis mungkin kau sedang ditemani oleh sahabatmu yang mampu menceriakan dirimu lebih dariku. Walau bersama siapapun dirimu ketika ini, walau siapa jua di sisimu, diriku tetap mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan dirimu..

Sahabatku,
Sepanjang cuti yang lalu, banyak yang telah kufikirkan. Tentang kata-katamu mengenai diriku. Tentang teguran darimu yang membuat diriku tersedar dari lamunanku. Terima kasih wahai sahabatku. Dengan kata-kata dan teguran darimu, aku muhasabah kembali tentang apa yang telah aku lakukan sepanjang kita bersahabat. Adakalanya perlakuan dan tutur kataku melukai hatimu. Tapi kau masih tersenyum ketika berbicara denganku. Ku akui kelemahan diri yang sukar sekali mengawal bicaraku. Telah banyak kali kuingatkan diri ini agar mengawal setiap tutur bicaraku namun diriku kecundang jua.

Sahabatku,
Kadang-kadang banyak perkara yang ingin kukongsi bersama dirimu. Bila kusedar tentang siapa diriku pada pandangan matamu, cepat-cepat aku padamkan keinginan hatiku itu. Aku mengerti bahawa aku bukanlah sesiapa pada dirimu. Tapi bagiku dirimu amat bererti buat diriku. Sejak aku mengenali dirimu, banyak perkara yang tak pernah aku bayangkan menjadi sebahagian dari kisah hidupku telahpun kutempuhi. Ianya amat beerti bagi diriku yang masih mencari tentang erti kehidupan yang sebenar.

Sahabatku,
Aku tertanya ke mana hilangnya kemesraan hubungan kita. Kenapa kau mendiamkan diri dan tidak menjawab semua panggilanku? Jika benar diriku ada berbuat salah dan melukai hatimu, maafkanlah diri ini kerana aku jua manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Khabarkan pada diriku tentang apa yang telah aku lakukan yang membuatkan dirimu menjauhkan diri dariku. Jika dirimu enggan memaafkanku, apalah dayaku kerana hanya kau yang berhak untuk memberikan kemaafan padaku. Sahabatku yang lain pernah berkata ‘Orang yang memaafkan kesalahan orang lain punyai jiwa yang besar. Mahukah kau menjadi seperti mereka?

Sahabatku,
Aku tidak mampu lagi untuk menyusun madah kerana setiap kali diriku mencoret nukilan buatmu aku dapat rasakan yang kau semakin jauh dariku. Ambillah sebanyak mana waktu yang kau mahukan. Akanku didik diri ini agar sabar dalam menanti sebuah kemaafan darimu. Jika itu harga sebuah kemaafan yang perlu kubayar akan kusabar dalam penantian ini.

Sekian dariku.

Sahabatmu,
::Yanie::

Sebuah Persahabatan Terlerai



Apa erti persahabatan yang sebenar-benar dikau fahami dan maksudkan? Adakah kawan ni seperti bola bila tak dapat kejar bila dah dapat disepak,pernahkah dikau faham perasaan seorang sahabat yang ikhlas bersahabat dengan mu? pernah kamu terfikir adakah kamu ni kawan yang sama ikhlas macam sahabat mu itu? Pernahkah Kamu menjaga hati sahabatmu seperti mana kamu menjaga hatimu sendiri walaupun seketika?

Tiada guna kalau ada kawan yang tidak menjaga hati seorang kawan tiada guna berkawan dengan orang yang biadap dalam persahabatan,apalah erti persahabatan andai diri rasa terhina.

Sahabat jangan engkau mudah lupa walaupun berjaya,aku pasti kau singkirkan jua,biarlah aku menjarakkan diri dengan mu wahai sang sahabat,Aku tidak layak untuk berkawan dengan orang yang terlalu biadap bila berbicara dengan ku,aku rela tiada
sahabat dari ada sepertimu sahabat.

Sahabat maafkan aku kerna tak dapat berkawan seperti apa yang engkau mahukan,aku ada prinsip dan pendirian aku sendiri setelah apa yang engkau buatkan padaku langsung kau tak pernah jaga hati kawan.

Luahan Hatiku...

Doaku KepadaMu


Wahai Tuhanku,
hambaMu memohon pertolongan denganMU dan hambaMu menyerah diri kepada Mu. Wahai Tuhanku, mudahkanlah untuknya kesukaran pekerjaannya dan mudahkanlah untuknya kesukaran perjalanannya dan rezekikanlah dia kebajikan lebih banyak dari yang hambaMu minta dan palingkanlah daripadanya segala kejahatan.

Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadanya, dan mudahkanlah urusannya. Wahai Tuhanku, bahwasanya hambaMu memohon pemeliharaan Mu dan mempertaruhkan kepada Mu dirinya, agamanya, ahlinya dan kerabat-kerabatnya dan segala nikmat yang telah * saudari/saudara * berikan kepadanya dan kepada mereka,baik mengenai akhirat mahu pun mengenai dunia, peliharakanlah dirinya dan kami semua dari segala kejahatan, wahai Tuhan yang mulia.


HambaMu akui kesucian Mu wahai Tuhanku.Pemberian hormat mereka didalam syurga,ialah ucapan salam dan akhir doa mereka dalam surga ialah: Alhamdullillahi rabbil‘alamin. Mudah mudah Allah memberi kesejahteraan.Amin!!!

Layar Keinsafan


Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis Keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

Warkah Buatmu Muslimah


Duhai Gadis …
Gadisku..sesungguhnya kejadianmu terlalu unik..tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok yang menghiasi taman2 indah lantas menjadi perhatian Sang Kumbang untuk mendekatimu..namun..tidak semua bunga senang di dekati lantaran duri mawar..dari kejauhan sudah terhidu akan keharuman serta kilauan warnanya memancar indah mengundang kegaguman terhadap sang kumbang..tapi Awas !!! duri yang memagari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya..

Gadisku…

Aku suka kau sekiranya seperti mawar aspirasi setiap mujahidah..Bentangilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah swt… hiasilah wajahmu dengan titisan wudu’, bibirmu dengan tilawatilqur’ an dan zirullah, matamu dengan memandang segala keindahan af’alullah di muka bumi dan langit,telingamu diperdengarkan dengan tazkirah2 yang akan menambahkan ma’rifat kepadaNya, akalmu tafakkur dan tadabbur setiap bait2 Kalamullah dan hatimu dengan musyahadah kepada Wajhullah Taala…


Ingatlah bahawa ciri2 seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya dengan pandangan nafsu dan syahwat melainkan bertambahnya keimanan salah seorang antara mereka..Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika di bandingkan dengan sesuatu yang terdedah…umpama mutiara yang di dedahkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi..pasti yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah…

Wanita solehah yang taat dan patuh pada al-Khaliq dalam melayari liku2 kehidupannya adalah harapan setiap insani yang bernama Adam..Namun..ianya memerlukan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih2 lagi title gadis yang kau miliki,sudah pasti darah mudamu mencaar rasa keimanan yang ada..
Maka ingatlah wahai gadisku bahawa sesiapa yang ingkarkan kebaikan maka Allah akan memudahkan jalan2 ke arah itu..yang penting engkau mesti berharap hanya kepada Allah dan istiqamah dalam riadhah mujahadah dirimu itu.

Gadisku…

Aku adalah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan kaum lelaki..seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentangimu…sesungguhnya Nabi ada bersabda : “Tidak ada satu fitnah yang terlebih besar dan bermaharajalela selepas wafatku kepada kaum lelaki selain fitnah yang berpunca dari kaum wanita”..

Oleh itu gadisku..setiap langkah dan pakaianmu hendaklah berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah, jangan biarkan orang mengekploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu.. sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam..kau adalah harapan ummah dalam melahir dan membentuk mujahid dan mujahidah yang bakal menggoncangkan dunia hanya dengan sentuhan lembut tanganmu..

Gadisku..

Dalam hidupmu pastinya kau ingin disayangi dan menyayangi..itulah anugerah dan fitrah semulajadi setiap insani namun ramai antara kamu tewas kerana cinta..bercinta itu tiada yang salahnya tapi memuja cinta itulah yang salah..kerana dengan cinta manusia sanggup menjual ugama dan kerana cinta maruah diri yang begitu bernilai dan berharga di gadaikan hanya kerana dengan sedikit kata2 manis dari seorang lelaki. Gejala murtad dan keruntuhan akhlak muda-mudi sebahagiannya adalah di sebabkan cinta..Benarlah sabda Rasulullah : “Adapun bermula cinta itu buta”..


Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang Hak dan yang Batil apabila kau letakkan cinta itu di atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah. Sebelum kau mendekati cinta yang majazi ini..cintailah dirimu terlebih dahulu dengan mengkaji hakikat dirimu yang akan membawa dan menimbulkan rasa cinta dan kasih sayang kepada sang Pencinta sebenar iaitu Penciptamu..

Gadisku...

Mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila di berikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak lantas terburai hancur, tapi apabila hatimu di serahkan kepada Allah ia akan bertaut kembali..


Dalam seusiamu sibukkanlah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu. Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya dan cahaya tak mampu bertapak di hati2 mereka yang penuh dengan karat2 dosa kepada Penciptanya..buat akhirnya terimalah kata2 seorang sufi iaitu Rabi’atul Adawiyyah sebagai renungan kita bersama dalam menuju ke hadrat Ilahi.. : “Cintakan manusia itu sesekali tidak akan mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seorang insan kerana ia tidak kekal, cinta seringkali membuatkan seseorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa zahir dan batin..Oleh kerana itu, tiada satu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian yang sebenar dan kenikmatan yang akan menghancurkan segala kenangan2 buruk melainkan hanya CINTA kepada PENCIPTA dan PENCINTA sejati dan abadi…

Renung2kanlah wahai gadisku …