Wahai Tuhanku,
hambaMu memohon pertolongan denganMU dan hambaMu menyerah diri kepada Mu. Wahai Tuhanku, mudahkanlah untuknya kesukaran pekerjaannya dan mudahkanlah untuknya kesukaran perjalanannya dan rezekikanlah dia kebajikan lebih banyak dari yang hambaMu minta dan palingkanlah daripadanya segala kejahatan.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadanya, dan mudahkanlah urusannya. Wahai Tuhanku, bahwasanya hambaMu memohon pemeliharaan Mu dan mempertaruhkan kepada Mu dirinya, agamanya, ahlinya dan kerabat-kerabatnya dan segala nikmat yang telah * saudari/saudara * berikan kepadanya dan kepada mereka,baik mengenai akhirat mahu pun mengenai dunia, peliharakanlah dirinya dan kami semua dari segala kejahatan, wahai Tuhan yang mulia.
HambaMu akui kesucian Mu wahai Tuhanku.Pemberian hormat mereka didalam syurga,ialah ucapan salam dan akhir doa mereka dalam surga ialah: Alhamdullillahi rabbil‘alamin. Mudah mudah Allah memberi kesejahteraan.Amin!!!
Jumaat, 11 Disember 2009
Doaku KepadaMu
Dicatat oleh ::YaNiE:: di 10:35 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan