? ??????????????Crazy Monkey? ????? ?? ???Rating: 4.4 (507 Ratings)??9 Grabs Today. 41016 Total Grabs. ???
???Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Life Is an Art? ????? ?? ???Rating: 4.5 (2 Ratings)??5 Grabs Today. 4826 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Hollister BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Jumaat, 18 Disember 2009

Mengata orang..macam tu lah...

bila aku nak buat baik, aku fikir banyak kali..nanti orang tengok aku ni macam baik sangat..

bila aku nak berubah, nanti orang mengata, konon2 nak jadi ustaz atau ustazah..

bila aku nak tolong orang, aku fikir lagi, takut nanti orang kata aku nak tunjuk pandai..

bila aku berdiam diri, orang kata aku sombong, tak pandai bawak diri..

bila aku bagi nasihat, aku takut nanti orang kata, aku sendiri pun tak betul lagi..

bila perangai aku lain sikit, nanti orang kata aku dah berubah..

bila aku nak tutup aurat dengan sempurna, macam itu jadi satu kesalahan pulak..

bila aku nak jadi baik sikit, nanti kawan2 kata, 'kau ni ok x?'

bila aku tak nak mengumpat macam dulu, jadi macam berita sensasi pulak..

bila aku nak pergi jemaah kat surau, takut nanti orang kata aku ni 'budak surau'...

bila aku cakap benda yang baik2, nampak macam aku ketinggalan zaman pulak..

tapi...

apa aku peduli apa orang lain fikir atau cakap..

sebab aku tahu apa yang aku buat..

dan hanya aku tahu apa yang aku rasa..

walaupun aku nak jugak diorang rasa apa yang aku rasa..

tapi tak apalah, setiap orang ada masa2 mereka..

masa yang bila dirasakan 'aku perlu berubah!'

dan mungkin bagi mereka belum masanya lagi..

tapi bagi aku...inilah masanya!

siapa tahu tiada lagi esok bagiku...

wallahu'alam..

*tak salah untuk berubah...berubah dan istiqamahlah :)

Dan orang2 yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah berserta orang2 yang berbuat baik.

(Al-Ankabut, 29: 69)

@--->----Azam Baru??

Selamat Tahun Baru, Muharram 1431H

Sempena tahun baru ni, saya berniat nak melakukan perubahan yang besar dalam hidup ni. Saya percaya semua orang pun ada pasang azam baru walaupun sebenarnya azam tahun lepas pun masih ada yang tak tercapai. Betul tak?hehe.. Adatlah tu.. Segala-galanya Allah yang menentukan. Semangat saya berkobar-kobar setelah membaca sebuah buku bertajuk "Kuasa Hijrah Kuasa untuk Berubah" karangan Dato' Dr. Fadzilah Kamsah dan Ahmad Fadzli Yusof. Buku ni memang best dan saya rasa semua orang patut kena ada buku ni (khususnya kepada siapa2 yang benar2 inginkan kejayaan dalam hidup dia).

Sempena tahun baru ni, saya memasang niat atau azam untuk ke arah hidup yang lebih baik seperti yang orang lain inginkan. Sebenarnya ada satu benda/perkara yang saya betul2 ingin buat. Rasa meronta2 sangat nak lakukan dan dah lama saya fikirkan. Tapi selalu tertangguh atas sebab2 tertentu. Dan mungkin juga hati ni masih belum terbuka dan bercampur pula dengan perasaan takut, tak yakin pada diri sendiri, tanggapan org terhadap saya dan mcm2 lagi..

Hanya ada 2 perkara yang paling saya inginkan buat masa ini. Saya percaya dengan kata2: Usaha + Doa + Tawakal = Kejayaan. Di samping tu kena banyak buat amal kebajikan dan perkara yang diredhai. Saya amat berharap semoga Allah memberi kekuatan kepada saya untuk meneruskan azam yang baru ini sempena tahun baru, 1431H/2010..

Khamis, 17 Disember 2009

Doa Akhir Tahun Hijriyah











Isnin, 14 Disember 2009

Biar Betol Durian Berbuah Di Pangkal & Batang???

Cuba lihat...Cam x caye jerr..

Ulat Gonggok



Ada tiga sahabat, satu kura2..satu lagi katak..yang last ulat gongok.
Suatu hari kura2 mengundang dua temannya kerumahnya buat jamuan
kecil2an. So.. mereka bertiga buat le pesta kecil di rumah kura2.
Setelah asyik borak, makan, minum and lain-lain..... si kodok berkata :
"Eh..dari tadi rasanya ada macam benda yang kurang la....korang perasan
tak?....Ha .. patut..la rokok dah abis....... "
Kura2: "Iya la..sorryla gua lupa lak standby satu ....beli jer kat
warong depan tuh!"
Katak: "apsal aku plak......kau kan tuan rumah"
Kura2: "ye la..... tapi bertahun la korang nak menunggu....siapa lagi
cepat "
Katak: "so kalau gitu mintak je ulat gongok tolong....
Kura2: "Oh iya ya.. ulat gongok tolong gi jap"
Ulat Gonggok: "aiya.....korang ajela"
Katak: "ala ..gi saja la kita orang dah undi kau"

Akhirnya si Ulat gongok pergi juga untuk membeli rokok. Si Katak dan
Kura2 menunggu ......
Lima minit menunggu...si Ulat gongok tak tiba juga...10 minit..20
minit...satu jam...dan sampai tiga jam Ulat gongok masih tak
timbul-timbul.
Katak: "Ulat gongok pegi mana hah tak sampai-sampai..?"
Kura2: "Iye la .. risau jugak, jom kita cari!"
Katak: "Jom..!"

Bila jer kura2 buka pintu...Ulat gongok sudah pun berada di depan
pintu..
Kura2: "Hah tu pon dia..!"
Katak: "...mana rokoknya..mulut aku dah kering sangat ni..?!"
U.G.: "..apa rokok-rokok...aku jalan pon belom..!!"
Katak: " Haah tak bergerak lagi ...jadi dari tadi buat apa...?"
U.G..: "Yeeeeeeeeelaaaaa..korang tak nampak ke ni...aku tak abis lagi
PAKAI KASUT..!!!!!"

Untuk Renungan Bersama..



Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan... Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi .. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja..

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni . Sebab dia dah lapar sangat ni.. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi..

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi..

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi..

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut..

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit !cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya..

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih.... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba..... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu..
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata..
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah
Kalau semua nak tahu..
si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu..
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah....

Abah..Pulangkan Tangan Adik..


Untuk renungan..korang baca la kisah ni..aku x tau sejauh mana kesahihan kisah ni..tapi sekurang2nya cerita ni buat aku menangis...

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerjabermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.
Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang uatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.
Ya…kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam di Batu Caves.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta.Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam,kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, “Siapa punya kerja ni?”
Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. ..Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan “Tak tahu… !”
“Saya tak tahu Tuan..! “
“Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?” herdik si isteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata
“Adik
buat ayahhh.. cantik kan!” katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya.. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut . Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu.
Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.
Menangis terusak-isak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembanturumah mengadu. “Sapukan minyak gamat tu!” balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. “Ita demam… ” jawap pembantunya ringkas. “Bagi minum panadol tu,” balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. “Petang nanti kita bawa ke klinik.
Pukul 5.00 siap” kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.
Setelah seminggu di wad Pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. “Tiada pilihan...” katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. “Ia semakin hitam, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah” kata doktor. Si bapa dan ibu
bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.
Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya.
Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.
“Abah.. Mama… adik tak buat lagi. adik tak mau ayah pukul lagi” rayunya tersedu-sedu..
Adik tak mau jahat. Adik
sayang abah.. sayang mama.” katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
“Adik juga sayang Kak Narti..” katanya memandang wajah pembantu rumah,sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
Tidak seorangpun yang melihat suasana itu tidak menangis….
“Abah.. bagilah balik tangan adik... Buat apa ambik.. Adik
janji tak buat lagi! Adik janji betul betul ni, kalau tak adik nak makan macam mana?
Nak main macam mana? Adik
janji tak conteng kereta lagi,” katanya bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.
Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

Ikut hati mati...Ikut nafsu lesu..Didiklah dan pukullah anak sebagai pengajaran, bukan untuk melepaskan geram..Anak adalah amanah Allah..